Home » » Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Sikap Wanita Yang Disukai Lelaki

Written By Wanie on Tuesday, 1 November 2011 | 11/01/2011 09:40:00 am

Mari kita kongsikan pendapat anda..


Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan yakni lemah lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika tengah2 stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Nanti jadi kes buang anak lagi sal mahu tonjolkan sifat keibuan kunu. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Sudah tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah malah lebih senang. Lelaki mana tidak senang jika terhibur dengan gaya wanita yang manja mengharapkan perhatian, bukan manja yang gedik, hoho~
Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 dan membuat keputusan terus-menerus tanpa berfikir sebaliknya cuba mengerti dan berbincang dengan penuh hikmah pokok pangkal persoalannya.
Menghargai
Wanita yang tahu menghargai lelaki merupakan wanita idaman setiap lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga biarpun hakikat hanya untuk mata si wanita itu sahaja, gaga~.
Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia  mudah senyum,  meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??
Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik yang disukai berbeza, tetapi wanita tersebut dapat mengimbanginya dengan baik. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan memberi pendapat yang bernas. Dia juga dapat menjadi pendengar yang baik, serta bijak mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang menarik. Selain itu, lelaki mudah tertarik dengan wanita yang pandai bergurau dan pandai berjenaka serta dapat menerima juga jenaka lelaki dan berfikiran terbuka.
Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.
Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Sifat ini juga menyerlahkan lagi kewanitaannya dan bagi lelaki2 yang melihatnya pasti sejuk hatinya.
Sumber:

Klik on this advertisement for detail

0 comments:

Post a Comment