Home » » Makan Tahi Hidung Boleh Menjaga Kesihatan

Makan Tahi Hidung Boleh Menjaga Kesihatan

Written By Wanie on Friday, 4 November 2011 | 11/04/2011 07:14:00 pm


VIENNA: Mengorek hidung dan memakan sisanya ialah salah satu cara terbaik menjaga kesihatan tubuh badan, dakwa seorang doktor terkenal Austria. Pakar paru-paru yang beribu pejabat di Innsbruck, Prof Dr Friedrich Bischinger, berkata golongan yang mengorek hidung dengan jari mereka lebih sihat, lebih gembira dan mungkin lebih sensitif kepada perubahan tubuh mereka. Dia berkata, masyarakat perlu menerima pendekatan baru untuk mengorek hidung dan menggalakkan kanak-kanak mengguna pakai kaedah itu.


”Dengan menggunakan jari, anda dapat sampai ke tempat yang selama tidak dapat dicapai dengan sapu tangan, ia menjadikan hidung anda lebih bersih. Memakan sisanya pula ialah cara hebat untuk mengukuhkan sistem imunisasi tubuh. Secara perubatan, ia memang baik dan perkara semula jadi sempurna untuk dilakukan” katanya.
Dalam kes sistem imunisasi, hidung ialah penapis yang memerangkap bakteria dan apabila gabungan ini sampai ke usus, ia boleh menjadi seperti ubat, katanya.

“Perubatan moden cuba melakukan perkara yang sama melalui kaedah lebih rumit, sesiapa yang mengorek hidung dan memakanya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh secara semula jadi dengan percuma, ” katanya.

Dia memberi contoh kanak-kanak gembira mengorek hidung mereka tetapi menghentikan perbuatan itu apabila dewasa disebabkan tekanan masyarakat yang menganggap ia menjijikan dan anti sosial.

“Saya suka mencadangkan pendekaran baru dengan kanak-kanak digalakkan mengorek hidung mereka. ia tidak balas secara semula jadi sepenuhnya dan secara perubatan, ia idea yang baik” katanya. Prof Bischinger juga menyatakan, jika seseorang bimbang mengenai anggapan jiran, mereka masih boleh mengorek hidung di tempat sulit.

– Agensi
Sumber:

Klik on this advertisement for detail

1 comments: