Home » » Isu cetak rompak di kalangan pelajar

Isu cetak rompak di kalangan pelajar

Written By Wanie on Thursday, 3 November 2011 | 11/03/2011 08:30:00 am

Isu cetak rompak bukanlah satu perkara yang baru. Ia telah wujud sejak zaman batu lagi (kononnya lah). Pelbagai cara telah dan sedang dilakukan oleh pihak berkuasa.

Isu cetak rompak yang akan diceritakan disini ialah penggunaan material pembelajaran yang digunakan oleh pelajar institusi pengajian tinggi (IPT). Seperti yang kita tahu, di IPT, para pelajar memerlukan pelbagai jenis perisian komputer bagi membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah. Contoh yang paling jelas ialah penggunaan perisian Microsoft Office. Untuk versi original, perisian tersebut adalah berharga lebih kurang RM1087 (USD349.99) untuk fungsi yang sepenuhnya.
Harga tersebut boleh dikatakan agak mahal bagi para pelajar yang kurang berkemampuan. Mereka cuma memerlukan perisian tersebut bagi membantu mereka menyiapkan tugasan yang diberi. Sebagai langkah alternatif, mereka mengambil keputusan sama ada memuat turun perisian tersebut versi cracked ataupun dengan membelinya pada harga sekitar Rm13.
Bukan sahaja perisian Microsoft Office yang diperlukan. Perisian seperti Adobe Flash, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, dan juga Microsoft Visual Studio boleh dikatakan amat penting untuk para pelajar khususnya bagi yang mengambil jurusan Teknologi Maklumat. Perisian tersebut dianggarkan boleh mencecah ribuan ringgit untuk setiap satu.
Bukan bertujuan untuk menyokong cetak rompak, tetapi keadaan kewangan memaksa para pelajar untuk mengambil langkah alternatif tersebut. Memanglah niat tidak menghalalkan cara tetapi apakah langkah yang diambil untuk membantu para pelajar seperti ini? Bukankah kita sepatutnya membantu bukan terus menjatuhkan hukum?
Usaha kerajaan Malaysia untuk membanteras isu cetak rompak dengan menyekat laman-laman web perkongsian fail di Internet dilihat agak keterlaluan sehingga serangan siber dilakukan oleh penggodam antarabangsa dan tempatan ke atas laman-laman web kerajaan dan juga syarikat swasta sebagai tindakbalas.
Kerajaan menggalakkan perkongsian maklumat di dalam dunia tanpa sempadan, tetapi pada masa yang sama mereka menyekat hak pengguna Internet. Jika sumber utama untuk perkongsian fail disekat, dari mana mereka ingin mendapatkan sumber bagi tujuan pembelajaran? Mereka sekat, tetapi apa tindakan lanjut?
Artikel ini bukan bertujuan untuk menyokong industri cetak rompak tetapi ia lebih bertujuan untuk menyatakan pendapat sebagai seorang pelajar.
Sumber:blogdefella

Klik on this advertisement for detail

0 comments:

Post a Comment