Home » » Fakta Mngenai Komputer yang mungkin anda tak tahu

Fakta Mngenai Komputer yang mungkin anda tak tahu

Written By Wanie on Thursday, 3 November 2011 | 11/03/2011 08:00:00 am


Menurut kajian beberapa orang saintis sukarelawan dunia yang berpusat di Uganda, terdapat beberapa fakta mengenai komputer yang mungkin anda sendiri tidak dapat membayangkan adakah fakta itu benar ataupun ia sekadar mengisi masa lapang sahaja. Jom kita baca apakah fakta-fakta tersebut :

  1. Secara purata di dalam satu hari, jari-jemari seorang jurutaip berjalan sejauh 12.6 batu.
  2. Keyboard Dvorak adalah lebih efisyen daripada keyboard Qwerty. 20 kali lebih pantas!
  3. Perkataan TYPEWRITER adalah perkataan terpanjang yang boleh ditaip menggunakan satu baris huruf di keyboard anda!
  4. Di eBay, secara purata terdapat transaksi berjumlah USD680 setiap saat.
  5. “Stewardess” merupakan perkataan terpanjang yang boleh ditaip menggunakan tangan sebelah kiri.
  6. 80% gambar-gambar yang terdapat di Internet adalah gambar bogel wanita.
  7. Pada tahun 1980-an, sebuah komputer IBM dikatakan tidak 100% sesuai digunakan sehinggalah ia mampu diisi dengan Microsoft Flight Simulator (sejenis permainan video).
  8. Komputer pertama di dunia yang digelar Z1 telah dicipta oleh Konrad Zuse pada tahun 1936. Ciptaan seterusnya ialah Z2 dimana ia telah disiapkan pada tahun 1939 dan merupakan komputer elektro mekanikal pertama yang betul-betul berfungsi.
  9. Tetikus pertama di dunia telah direka oleh Doug Engelbart pada sekitar tahun 1964 dan ianya diperbuat daripada kayu.
  10. Nama domain didaftarkan pada kadar lebih daripada 1 juta nama setiap bulan.
  11. Terdapat hampir 1.06 bilion akaun instant messaging di seluruh dunia.
  12. Banner pengiklanan yang pertama digunakan ialah pada tahun 1994.
  13. E-Mail telah wujud sekian lama berbanding World Wide Web.
  14. Secara purata, pengguna komputer mengelipkan mata sebanyak 7 kali seminit, iaitu kurang dari kadar biasa 20.
  15. Satu daripada setiap 8 pasangan yang berkahwin di US, berkenalan secara atas talian.
  16. Menjelang tahun 2012, diramalkan peranti yang bersambung dengan Internet akan mencecah 17 bilion buah.
  17. Myspace melaporkan ia mempunyai sebanyak 110 juta pengguna berdaftar. Ini bermaksud, jika ia sebuah negara, ia merupakan negara ke-10 yang terbesar selepas Mexico.
  18. Jika radio mengambil masa 38 tahun dan televisyen pula 13 tahun, World Wide Web pula hanya mengambil masa 4 tahun untuk mempunyai 50 juta pengguna.
  19. Rumah Bill Gates direka menggunakan komputer Macintosh!
  20. Nama domain pertama yang didaftarkan ialah Symbolics.com.
  21. Nama lain bagi Microsoft Windows Tutorial ialah ‘Crash Course’!
Sumber:

Klik on this advertisement for detail

0 comments:

Post a Comment