Home » » 7 perkara paling bahaya dalam kehidupan

7 perkara paling bahaya dalam kehidupan

Written By Wanie on Thursday, 3 November 2011 | 11/03/2011 12:30:00 pm

Tajuk
Kebanyakan daripada kita tidak mengetahui sama ada apa yang kita gunakan pada setiap hari itu merbahaya pada kesihatan kita ataupun tidak. Bagi kita, ia hanya memudahkan hidup kita.

1. Bekas Botol Minuman
Mungkin ada di antara kita yang mempunyai kebiasaan mengguna semula botol plastik berulang kali dan meletakkannya di dalam kereta ataupun di pejabat. Tabiat ini adalah sangat tidak baik, kerana bahan plastik botol yang juga disebut polyethylene terephthalate atau PET mengandungi zat-zat karsinogen atau DEHA. Botol ini hanya selamat untuk digunapakai antara 1 hingga 2 kali sahaja ataupun tidak lebih dari seminggu. Ia juga patut diletakkan jauh dari sinaran matahari. Kebiasaan mencuci botol-botol ini secara berulang kali akan membuatkan lapisan plastik rosak dan zat karsinogen itu boleh masuk ke dalam air yang kita minum. Lebih baik kita membeli botol plastik yang memang dikhaskan untuk diguna berulang kali dan dinasihatkan supaya tidak membeli botol plastik.
2. Satay
Kalau anda makan satay, jangan lupa untuk makan timun. Kerana satay mempunyai karbon dari hasil pembakaran arang yang dapat menyebabkan kanser. Oleh itu kita dinasihatkan supaya memakan timun setelah makan sate. Sate mempunyai zat karsinogen yang boleh menyebabkan kanser manakala timun pula mempunyai anti karsinogen.
3. Udang dan Vitamin C
Jangan makan udang jika anda makan Vitamin C. Ini akan menyebabkan keracunan dari racun Arsenik (As) yang terhasil dari tindakbalas antara udang dan Vitamin C di dalam tubuh dan akan mengakibatkan keracunan yang teruk dalam beberapa jam.
4. Mee Segera
Untuk orang yang amat menggemari mee segera, pastikan anda mempunyai jarak tiga hari setelah anda makan mee segera untuk mengulang makan mee segera ini. Dari maklumat doktor, terdapat lilin yang melapisi mee segera. Itu sebabnya mengapa mee segera tidak melekat antara satu sama lain ketika dimasak. Memakan mee segera setiap hari akan meningkatkan kemungkinan seseorang untuk mendapat penyakit kanser. Ada laporan dari doktor, terdapat seseorang yang terlalu sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk masak dan hanya makan mee segera akhirnya menderita kanser. Doktor tersebut mengatakan bahawa tubuh kita memerlukan waktu lebih dari dua hari untuk memproses lilin tersebut.
5. Pembungkus Makanan
Bagi sebahagian orang, pembungkus makanan hanya sekadar pembalut makanan dan pelindung makanan. Sebenarnya ia bukan sekadar bungkusan tetapi ia bergantung pada jenis bahan yang digunakan pada bungkusan tersebut. Pembungkus makanan mempunyai pengaruh terhadap kesihatan, pengawetan, kemudahan, penyeragaman, promosi, dan juga maklumat. Ada begitu banyak bahan yang digunakan sebagai pembungkus primer pada makanan iaitu pembungkus yang bersentuhan secara terus dengan makanan tersebut. Tetapi tidak semua bahan ini selamat bagi makanan yang dibungkusnya.
6. Styrofoam
Pembungkus styrofoam atau polystren ini telah menjadi pilihan yang paling popular di dalam perniagaan tetapi kajian terkini membuktikan bahawa styrofoam mempunyai keselamatan yang diragui. Styrofoam yang dibuat daripada kopolimer styren ini menjadi pilihan peniaga kerana tidak mudah bocor dan mudah dipegang. Selain itu, bahan tersebut juga mampu menahan panas dan sejuk serta tetap selesa dipegang. Selain itu, makanan juga akan tetap segar dan ianya boleh didapati pada harga yang murah. Pada Julai 2001, Jabatan Keselamatan Makanan dari kerajaan Jepun membuat kesimpulan bahawa penggunaan styrofoam dalam makanan sangat bahaya. Penggunaan itu dapat menyebabkan endocrine disrupter (EDC), iaitu sejenis penyakit yang terjadi akibat adanya gangguan pada sistem endokrinologi dan reproduktif manusia akibat bahan kimia karsinogen dalam makanan.
7. Kertas
Beberapa kertas pembungkus dan bukan kertas pembungkus seperti surat khabar dan majalah yang selalu digunakan untuk membungkus makanan didapati mengandungi Plumbum (Pb) melebihi paras yang dibenarkan. Di dalam tubuh manusia, plumbum masuk melalui saluran pernafasan kita dan dari pencernaan menuju ke sistem peredaran darah dan kemudian menyebar ke bahagian lain seperti ginjal, hati, otak, saraf, dan tulang. Keracunan plumbum pada orang dewasa ditandai dengan gejala 3P iaitu pallor (pucat), pain (sakit), dan paralysis (lumpuh). Keracunan yang terjadi boleh menjadi kronik dan teruk. Untuk menghindar dari makanan yang tercemar dengan logam berat plumbum agak sukar. Banyak makanan ringan seperti pisang goreng, tauhu goreng, dan tempe goreng yang dibungkus dengan kertas surat khabar kerana kurang pengetahuan dari peniaga sebab bahan yang panas dan berlemak itu lebih mudah memindahkan plumbum tersebut. Sebagai usaha pencegahan, letaklah makanan ringan tersebut di atas piring.
Sumber:

Klik on this advertisement for detail

0 comments:

Post a Comment