Home » » Nenek 103 tahun dedah rahsia panjang umur dan kekal dara

Nenek 103 tahun dedah rahsia panjang umur dan kekal dara

Written By Wanie on Friday, 21 October 2011 | 10/21/2011 06:30:00 am

Nenek 103 tahun dedah rahsia panjang umur dan kekal dara



CONVENTRY: Seorang wanita berusia 103 tahun semalam mendedahkan rahsia panjang umur - kekal dara.

Gladys Gough berkata, dia tidak pernah tergerak untuk menjalinkan hubungan cinta.

Dia juga tidak menghisap rokok, minum arak atau mengambil ubat.

“Saya tidak pernah berkahwin atau mempunyai teman lelaki. Ia mungkin menyumbang kepada umur saya yang panjang. “Saya langsung tidak pedulikan lelaki. Saya sentiasa makan malam. Saya sentiasa memastikan saya makan secukupnya. “Lelaki tidak pernah menjadi sebahagian daripada hidup saya,” katanya.

Gladys yang berasal dari Conventry berkata, dia menghabiskan hidupnya dengan melancong ke seluruh dunia bersama adiknya, Edna yang mati pada 1996 ketika berusia 85 tahun.

Katanya: “Kami sering didekati oleh lelaki tetapi memilih untuk melancong dan berbual sesama kami.” - DM
Sumber:


Klik on this advertisement for detail

2 comments:

  1. Mcm tu yer.... Melancong sana sini... Boleh tenangkan fikiran..

    ReplyDelete
  2. hehehe..yup..kalau dh bnyk duit boley la nk melancong...

    ReplyDelete