Home » » Kerana Mau Popular Wanita Ini Sebarkan Foto Bogelnya Melalui MMS

Kerana Mau Popular Wanita Ini Sebarkan Foto Bogelnya Melalui MMS

Written By Wanie on Monday, 3 October 2011 | 10/03/2011 02:19:00 pm



Pelajar berusia 13 tahun ini mengambil foto bogelnya melalui telefon bimbit dan menyebarkan foto panas itu menggunakan sistem MMS pada pelajar lelaki di sekolahnya. Polis menyiasat kes ini kerana dianggap melanggar undang-undang porno kanak-kanak bawah umur.

Pelajar ini bersekolah di Wyckoff’s Eisenhower Middle School, Amerika Syarikat (AS). Pelajar ini mengambil gambar bogel dirinya sendiri dan kemudian mengirimkan gambar bogelnya melalui telefon bimbit pada dua rakan lelaki di sekolahnya.

Selepas kejadian itu, gambar itu pun tersebar secara meluas di sekolah kerana kedua pelajar lelaki tersebut mengirimkan gambar itu pada pelajar lelaki yang lain. Skandal bertukar-tukar gambar erotik itu pun diketahui.

“Menyimpan gambar seperti ini merupakan tindakan yang melanggar undang-undang. Tindakan ini termasuk dalam penghasilan bahan lucah kanak-kanak bawah umur,” kata Benjamin Fox yang merupakan juru cakap polis.

Sekolah tempat pelajar berumur 13 tahun itu juga kecewa apabila mengetahui mengenai kes ini. Sedangkan pihak polis masih berbaik hati kerana usia pelaku yang masih sangat muda. Pelajar perempuan itu pun dimaafkan setelah menghapus gambar yang tidak sepatutnya itu.

“Jika masih menyimpannya, kami akan menangkap dan mendakwa kalian,” kata Fox.

Seperti diberitakan CBS, kejadian ini membuatkan para ibu bapa pelajar lebih ketat mengawasi penggunaan telefon bimbit pada anak mereka. Hal yang serupa juga dilakukan di sekolah tersebut.

Affiliate Program ”Get Money from your Website”

0 comments:

Post a Comment