Home » » Angkara kesilapan seorang jururawat, beribu pesakit kemungkinan dijangkiti HIV

Angkara kesilapan seorang jururawat, beribu pesakit kemungkinan dijangkiti HIV

Written By Wanie on Monday, 19 September 2011 | 9/19/2011 12:44:00 am



Sebuah klinik di Amerika menghubungi ribuan pesakitnya untuk mengingatkan kemungkinan mereka akan dijangkiti Human Imunodeficiency Virus (HIV) gara-gara salah seorang jururawat melakukan kesalahan saat mengajar pesakit diabetes cara menyuntik insulin.


Seorang jururawat di Dean Clinic di Wisconsin, Amerika Syarikat diduga mengajar pesakit diabetes untuk memeriksa darah mereka dengan menggunakan jarum suntik dan pen secara langsung ke tubuh pesakit. Menurut panduan, kelas tersebut seharusnya dilakukan pada model patung atau benda lain misalnya buah mangga.

Ketika menusukkan alat-alat tersebut, jururawat yang kini sudah diberhentikan itu telah menggantikan jarum sehingga seorang pesakit hanya menggunakan 1 jarum sahaja. Namun kerana alat lainnya tidak digantikan, dikhuatiri ada kuman di alat tersebut lalu menular kepada pesakit lain.

Antara tahun 2006-2011, bekas jururawat tersebut telah mengajar sebanyak 2345 pesakit diabetes. Keseluruhannya merupakan pesakit baru yang harus memakai insulin dalam jangka panjang sehingga memerlukan bantuan pengajar bagaimana cara menyuntikkannya tanpa bantuan doktor.

Bukan cuma HIV, juru bicara Dean Clinic juga khuatirkan risiko jangkitan penyakit lain yang menular melalui darah. Di antaranya yang sememangnya berbahaya adalah hepatitis B dan C, yang jika tidak dirawat atau terlambat didiagnosis boleh menyebabkan pesakit menghidap kanser hati.

"Tujuan kami sekarang adalah memastikan agar para pesakit yang mungkin dijangkiti, segera mendapat makluman dan dengan kadar segera melakukan pemeriksaan," kata Dr Craig Samitt yang merupakan pemilik Dean Clinic seperti diberitakan oleh ABC News.

Sementara itu menurut seorang pakar kesihatan, pesakit punya hak untuk memastikan bahawa dirinya terhindar dari risiko penularan penyakit berjangkit di pusat-pusat kesihatan. Malah pesakit berhak bertanya pada doktor atau jururawat apakah sudah cuci tangan sebelum menyuntik.

"Kadang-kadang memang tidak perlu tetapi langkah kecil seperti ini boleh memberikan perlindungan yang lebih terhadap kehidupan pesakit," kata pakar, Dr Robert Glatter dariMedscape Emergency Medicine yang tidak terlibat langsung dalam kes terbabit.

Affiliate Program ”Get Money from your Website”

0 comments:

Post a Comment