Home » » Kerana duit hilang murid disuruh tanggalkan pakaian

Kerana duit hilang murid disuruh tanggalkan pakaian

Written By Wanie on Saturday, 6 August 2011 | 8/06/2011 07:15:00 pm



BANDAR RAYA MEXICO: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Mexico menyiasat sebuah sekolah rendah yang memaksa murid gred enam menanggalkan pakaian selepas wang sebanyak AS$13 (RM42) hilang.

Suruhanjaya itu melakukan siasatan ekoran aduan ibu bapa dan laporan suruhanjaya hak asasi manusia negeri di Michoacan.

Suruhanjaya kebangsaan berkata dalam satu kenyataan, semalam, pengetua dan guru sebuah sekolah di La Piedad mengarahkan murid menanggalkan pakaian pada 23 September lalu ketika mereka mencari wang yang hilang di dalam kelas. Suruhanjaya berkenaan menghantar kakitangan mereka bagi menyoal siasat murid dan pihak berkuasa tempatan.

Panggilan telefon ke sekolah terbabit bagi mendapatkan ulasan mengenai insiden itu, bagaimanapun, tidak dijawab. - AP
Affiliate Program ”Get Money from your Website”

0 comments:

Post a Comment