Home » » Bukan sahaja gemok tapi juga pemegang rekod paling banyak turunkan berat dalam sejarah manusia!

Bukan sahaja gemok tapi juga pemegang rekod paling banyak turunkan berat dalam sejarah manusia!

Written By Wanie on Wednesday, 24 August 2011 | 8/24/2011 11:16:00 pm




Tahukah anda siapa pemegang rekod dunia untuk kategori manusia terberat dan tergemuk?. Dia adalah John Brower Minoch yang berasal dari Seattle, Amerika Syarikat yang mempunyai berat badan seberat 635 kg!.

Manusia terberat dalam sejarah perubatan dunia adalah John Brower Minnoch yang hidup dari tahun 1943 dan meninggal tahun 1983. Minnoch menderita penyakit obesiti sejak usianya masih kecil. Ketinggian badannya sekitar 185cm tetapi Minnoch memiliki berat badan lebih dari 635kg..

Walaupun Minnoch merupakan pemegang rekod manusia tergemuk di dalam sejarah, dia menderita serangan jantung dan untuk membawanya ke hospital diperlukan sejumlah orang untuk mengangkatnya naik ke atas kapal feri. Apabila tiba di hospital, dua tempat tidur berlapis digunakan untuk menampung tubuhnya dan diperlukan kekuatan paling kurang 13 orang lelaki dewasa hanya untuk mendorongnya ke katil.

Setelah menjalani diet ketat selama dua tahun dengan mengehadkan hanya 1200 kalori per hari, dia berhasil menurunkan berat badannya sehingga berkurangan kepada 215 kilogram. Dengan jumlah penurunan 420 kilogram, ini merupakan rekod perubatan dalam penurunan berat yang pernah dicapai oleh mahluk hidup!. Namun pada Oktober 1981, berat badannya kembali bertambah sebanyak 89 kilogram.

0 comments:

Post a Comment