Home » » Bayi dilahirkan ketika ibu sedang buang air besar

Bayi dilahirkan ketika ibu sedang buang air besar

Written By Wanie on Saturday, 13 August 2011 | 8/13/2011 07:21:00 am


Jepara – Seorang ibu di Jepara, Jawa Tengah telah melahirkan bayi ketika sedang buang air besar. Nanik Nur Azizah yang berasal dari daerah Mlonggo, Jepara tidak menyedari ketika itu bayi perempuannya turut keluar dan masuk ke lubang mangkuk tandas sedalam empat meter.
Kejadian yang menimpa bayi malang itu sangat dramatik. Hampir lima jam penduduk cuba mengorek tandas yang diperbuat daripada kayu itu. Ajaibnya bayi itu masih selamat serta terpaksa bermalam di dalam lubang tandas!.

Penduduk kemudiannya membawa bayi tersebut ke Unit rawatan rapi Hospital Kartini, Jepara. Jururawat kini sedang melakukan pemeriksaan secara intensif kerana sebelum ini bayi tersebut mengalami kesukaran untuk bernafas.
Peristiwa yang menimpa Nanik ini hingga kini masih menjadi tanda tanya dibenak fikiran penduduk Sinanggul. Selain bayi ajaib itu yang mampu bertahan hidup didalam lubang tandas sedalam 4 meter itu, Nanik juga tidak merasa telah melahirkan bayi walaupun bayinya memiliki berat badan lebih kurang tiga kilogram!.

Affiliate Program ”Get Money from your Website”

0 comments:

Post a Comment