Filem Hina Islam

STESEN TV DISERANG KERANA SIAR FILEM HINA ISLAM | FILEM PERSEPOLIS MENGHINA ISLAM
 TUNIS, Tunisia — Rumah seorang pemilik stesen televisyen di Tunisia dilontar dengan bom api oleh orang
ramai yang marah dengan tindakan stesen berkenaan, Nessma menyiarkan sebuah filem “Persepolis” kerana menghina agama Islam dengan memaparkan watak mewakili Tuhan.

Ketika kejadian, Nabil Karoui tidak berada di rumah, namun isteri dan anaknya terpaksa melarikan diri dari rumah berkenaan. Berikutan itu, Karoui terpaksa memohon maaf diatas tindakan berkenaan.
Penyiaran filem berkenaan menyebabkan bantahan di seluruh negara sehinggakan polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata susulan protes yang diadakan selepas solat Jumaat. 50 orang telah ditahan ketika mereka cuba menyerang stesten televisyen berkenaan.
Malah imam yang membacakan khutbah Jumaat di masjid Al-Fatah mengecam filem berkenaan yang disifatkan sebagai menghina Islam dan dalam masa sama merupakan serangan serius ke atas umat Islam.
Penyiarannya juga dipersoalkan ketika Tunisia bakal berdepan pilihan raya pertama selepas penyingkiran bekas Presiden Zine El Abidine Ben Ali.
Ramai yang menyifatkan tindakan tersebut sengaja dilakukan dalam usaha memecah belahkan rakyat Tunisia ketika negara berkenaan memerlukan penyatuan di kalangan penduduknya.
Filem berkenaan berkenaan merupakan adaptasi daripada novel tulisan Marjane Satrapi mengenai kisah hidupnya membesar ketika zaman revolusi Islam di Iran pada 1979.
Filem itu memenangi anugerah juri dalam Pesta Filem Cannes 2007.
Selain Tunis, protes turut diadakan di bandar Sousse, Monastir, Sidi Bouzid dan Beja.