LELAKI DAKWA MENERIMA ARAHAN TUHAN UNTUK MEMBUNUH SELENA GOMEZ | UGUTAN BUNUH KALI KEDUA UNTUK SELENA GOMEZ | Bunyi seperti merepek namun itu’lah isu yang sedang hangat di’perkatakan di dunia hiburan Hollywood hari ini.


Thomas Brodnicki, lelaki berusia 46 tahun yang mempunyai rekod jenayah dalam aktiviti menceroboh privasi individu lain kini menjadi ketakutan terbaru Selena Gomez.
Lelaki psiko ini mendakwa yang beliau menerima arahan daripada Tuhan sendiri untuk menamatkan riwayat hidup Selena Gomez. Lebih menarik, lelaki ini turut mendakwa beliau bercakap terus dengan Tuhan.
Cerita itu di’sampaikan sendiri oleh lelaki tersebut kepada pakar terapi beliau yang kemudian menyampaikan berita ini kepada pihak berkuasa & ia’nya sampai ke pengetahuan Selena Gomez sendiri.
Thomas Brodnicki kini menerima arahan sementara pihak mahkamah supaya tidak mendekati Selena Gomez & pihak polis Los Angeles mengambil serius ancaman bunuh yang melibatkan bintang remaja ini.
Ini bukan kali pertama Selena Gomez menerima ancaman bunuh — May 2011 lalu ketika Justin Bieber mendedahkan diri sebagai teman lelaki Selena Gomez, peminat Justin Bieber naik gila dan mengeluarkan kata kata ancaman bunuh terhadap Selena Gomez...