Home » » Hahaha..Motosikal Terpanjang Di Dunia

Hahaha..Motosikal Terpanjang Di Dunia

Written By Wanie on Monday, 11 July 2011 | 7/11/2011 10:00:00 pm



GRANTHAM, Britain – Seorang tukang paip, Colin Furze mencipta motosikal paling panjang di dunia dengan mempunyai 25 tempat duduk dan mampu bergerak pada kelajuan 56.3 kilometer sejam, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Furze menghabiskan masa selama sebulan untuk mencipta motosikal itu.
Dia menggunakan rangka sebuah motosikal berkuasa 125cc dan memanjangkannya melalui penggunaan kerangka aluminium.
Furze menunggang motosikal sepanjang 100 meter itu sejauh lebih satu kilometer di landasan Saltby di sini.
Menurut Guinness World of Records, motosikal terpanjang yang pernah direkodkan ialah 14 meter.
Dia akan menghantar rakaman video mengenai motosikal itu selain tandatangan beberapa saksi kepada Guinness World of Records untuk mendapat pengiktirafan sebagai motosikal paling panjang di dunia. – Agensi


0 comments:

Post a Comment