AIR COCA COLA INI TELAH MENYELAMATKAN NYAWA SEORANG LELAKI | Seorang lelaki tanpa sengaja berada di tengah semarak api saat dia menggunakan minyak tanah untuk menyalakan unggun api diselamatkan anak remajanya dengan sebotol coca cola.

Lelaki itu diselamatkan ketika anak lelakinya, Nicholas yang berumur 15 tahun, mengoncang-goncang sebuah botol coca cola bersaiz dua liter, menghalakan mulut botol kepadanya lalu membuka penutup botol. Remaja itu menggunakan kekuatan letusan soda dari botol coca cola itu untuk memadamkan api. Hebatnya, api berjaya dipadamkan!

Lelaki itu yang berasal dari Cornwall, United Kingdom, dikejarkan ke unit kecemasan terdekat di mana dia dirawat kerana terbakar dan dilaporkan dia akan memerlukan pembedahan tampalan kulit. Doktor mengatakan, anak lelakinya yang cepat bertindak telah menyelamatkan hidupnya. Menurut doktor, luka-lukanya akan mengakibatkan kecederaan parah jika api itu tidak dipadamkan dengan segera.

Kejadian itu terjadi pada hari minggu lalu ketika Nicholas dan ayahnya, Wythe, membersihkan semak samun di kebun mereka lalu membakar semak samun itu. Kerana api unggun itu tidak juga menyala, Wythe menuangkan petrol yang menyebabkan tubuhnya terbakar.